Powered By Blogger

Thursday, July 7, 2011

wEdDiNg cErEmOnY...

      Kebanyakan manusia dlm dunia nie gemar m'hadiri majlis kenduri kerana selain dpt makan free dpt juga merapatkn lg ukhwah yg t'jalin sesama kenalan n adik-beradik serta saudara mara. Dgn ini mereka dpt b'kumpul & b'tukar2 pendapat setelah agak lama x b'jumpa terutamanya bg mereka yg jauh n jarang pulang ke kg, jika nak harapkan saja2 b'kumpul tanpa ada sebarang aktiviti  t'tentu mmg susah. Jadi dgn ini sume adik beradik yg jauh ataupon dekat, yg slalu b'jumpa n yg jarang b'jumpa dpt b'kulpul n m'genali satu sama lain dgn lebih akrab.
     waktu begini adalah saat yg sesuai utk anak2 kenal dgn saudara n sepupu mereka. dgn ini p'hubungan mereka tidak akan t'putus sbg saudara didunia nie jika ibubapa telah tiada kelak n p'hubungan ni x akan t'putus sampai bila2, terutamanya bg famaly yg m'punyai anak tunggal sahaja.Anak2 yg kecil mungkin akan m'yukai acara2 seperti ini kerana mereka akan b'jumpa ngan kawan2 sebaya mereka selain dpt b'jumpa ngan ramai org.Mereka lebih fokus pada keseronokan saja. Lain pula bg anak2 yg telah meningkat dewasa dimana mereka lebih gemar utk duduk dirumah tanpa perlu b'sesak2 utk b'jumpa ngan saudara yg lain. 


     Sy juga setelah meningkat dewasa ni kurang b'minat (t'paksa minat kalu dah kena paksa, huhuhu) utk m'hadiri majlis2 seperti kenduri yg m'gumpulkan ramai org n saudara mara. bukan xsuka nak b'jumpa ngan saudara mara n sepupu sepapat nie, tp kalu dah b'kumpul ramai2 nie akan ada pelbagai soalan yg kan keluar melalui mulut2 murai kat sedangak b'kumpul tu. kalu setakat mulut murai blh la tahan lg tp yg malas nya kalu ada mulut2 xdak insuran, tu yg paling xdigemari. Soalan yg paling famous yg biasa yg akan diajukan adalah ''dah ada bf ka?'' ''bila nak kawen?'' ''n kalu yg dah b'kahwin plak akan ditanya xdak isi lg ka perut tu?'' isi perut byk la, kuang4x. Mcm tu la lumrah hidup ni, sentiasa akan diajukan ngan p'bagai soaln2 cepu emas tanpa diduga.
      
      Ibubapa adalah org yg paling penting dlm memainkan peranan utk m'perkenalkan n m'geratkan lg p'hubungan anak2 dgn saudara mara yg lain, kebanyakan anak2 sekarang kurang x b'minat utk ambil tau sapa makcik2, pak saudara, n sepupu mereka. mereka lebih gemar utk hidup dlm dunia mrk sendiri tanpa m'pedulikan org disekeliling mereka (bukan xpeduli tp kena fikir byk kali jika  nak melibatkan diri dlm situasi ni) kerana mereka rasa perlu utk kenal semua saudara mara dari yg kecik hingga yg besar.


     Tapi bg sy pula, sy suka jika dpt b'kumpul ramai2 mcm tu kerana sy dpt b'jumpa n kenal dgn lebih rapat lg ngan sepupu2 sy yg jarang2 dpt b'jumpa slalu. Jd ngan majlis2 mcm nie sy dpt b'kumpul dgn mereka n b'tanya khabar. dpt b'kumpul skali skala mcm 2 mmg meninggalkn 1 kenangan dlm hidup nie, cewah.


Bertepung tawar dan menabur beras kunyit

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:


عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.

Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.



Wanita berhias dan tidak menutup aurat

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.


Etika Pemakaian
Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.

3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.

Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.
WARNA PAKAIAN

Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.



     
     Hidup dlm dunia nie kita bukan keseorangan tp b'masyarakat. so kita kenalah sentiasa meramahkan lg diri kita yg dah ramah nie utk sentiasa b'gaul dgn org samaada yg tua or yg muda. Jika kita dlm kesusahan n memerlukn bantuan merekalah yg akan kita cari utk meminta bantuan, so jgnlah kita hidup didunia nie suka sgt syok sendiri ok..hehehehehhe

No comments:

Post a Comment